alhamdulillah tahun ini masih berpelung menyambut ramadhan al-mubarak dengan kelurga tercinta. walaubagai pun ramadahan kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun yang lalu dimana kami dikejutkan dengan berita kebakaran di rumah mak dan abahku di kampung anak bukit alor star kedah beberapa hari sebelum menyambut ramadhan. mungkin raya kali ini akan sedikit berbeza tanpa suasana rumah lama..bau yang sentiasa dirindukan ketika hati dibawa ke kota kembali. raya tahun ini kami akan menyambut di rumah baru. rumah yang baru siap dibina atas perancangan abah untuk menyewakannya suatu hari nanti. ternyata ada hikmahnya. mujur rumah sudah dipasang air dan elektrik. bersihkan sikit-skit dah boleh duduk walaupun agak sempit berbanding dengan rumah lama abah.
keadaan kebakaran yang memusnahkan empat kedai milik abah dan separuh rumah milik abah. :'(
pejam celik pejam pejam celik dah masuk 12 ramadhan. alhamdulillah dan syukur masih berpeluang dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri didapur kecilku meskipun berkerja. belum sempat lagi rasanya kaki melangkah ke bazar ramadahan. lagipun en.suami kurang berminat dengan masakan dari luar dari awal kahwin sampai sekarang. setiap hari tidak pernah puas rasanya tyyna menggunakan en.google dalam mencari idea resepi terkini dan lain dari kebiasaan yang tyyna selalu buat dirumah. terima kasih kepada rakan blog yang sangat membantu dalam penyediakan masakan sepanjang ramadhan ini. ternyata ianya tidak menghampakan tekak tyyna dan keluarga. alhamdulillah. =)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan