Rabu, 9 Julai 2014

r.a.m.a.d.h.a.n. 2.0.1.4

alhamdulillah tahun ini masih berpelung menyambut ramadhan al-mubarak dengan kelurga tercinta.  walaubagai pun ramadahan kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun yang lalu dimana kami dikejutkan dengan berita kebakaran di rumah mak dan abahku di kampung anak bukit alor star kedah beberapa hari sebelum menyambut ramadhan.  mungkin raya kali ini akan sedikit berbeza tanpa suasana rumah lama..bau yang sentiasa dirindukan ketika hati dibawa ke kota kembali.  raya tahun ini kami akan menyambut di rumah baru. rumah yang baru siap dibina atas perancangan abah untuk menyewakannya suatu hari nanti.  ternyata ada hikmahnya. mujur rumah sudah dipasang air dan elektrik.  bersihkan sikit-skit dah boleh duduk walaupun agak sempit berbanding dengan rumah lama abah.

keadaan kebakaran yang memusnahkan empat kedai milik abah dan separuh rumah milik abah. :'(

pejam celik pejam pejam celik dah masuk 12 ramadhan. alhamdulillah dan syukur masih berpeluang dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri didapur kecilku meskipun berkerja.  belum sempat lagi rasanya kaki melangkah ke bazar ramadahan.  lagipun en.suami kurang berminat dengan masakan dari luar dari awal kahwin sampai sekarang.  setiap hari tidak pernah puas rasanya tyyna menggunakan en.google dalam mencari idea resepi terkini dan lain dari kebiasaan yang tyyna selalu buat dirumah.  terima kasih kepada rakan blog yang sangat membantu dalam penyediakan masakan sepanjang ramadhan ini. ternyata ianya tidak menghampakan tekak tyyna dan keluarga. alhamdulillah. =)

Isnin, 16 Jun 2014

12.06.2014 tahun keempat k.a.m.i

alhamdulillah tahun keempat dalam alam rumah tangga.  macam-macam masam manis pahit getir dalam melalui kehidupan sebagai seorang isteri, mama dan menantu kepada sebuah keluarga yang sebelum ini agak asing dengan diri ini.

masih dalam fasa perkenalan memahami dan tolak ansur...maybe orang lain pun akan merasakan perkara yang sama dimana aku terasa seperti baru semalam kami bernikah..=)

terlalu banyak yang aku belajar dalam perkahwinan.  perkahwinan ini lebih mematangkan aku.
#12.06.2010#


Selasa, 6 Mei 2014

Make with L.O.V.E

jom buat puding roti 


Resepi puding roti simple

1. 8keping roti potong
2. 2cwn susu segar
(carikkan roti n rendam dlm susu segar)

1. 2biji telur ayam
2. 2 sudu besar butter
3. 4 sudu besar gula
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. 1 sudu besar tpung jgung/ tepung gandum
(gaul sebati 5 bahan diatas kmudian satukan dgn roti td..then msukkan dlm loyang yg dah disapu butter bakar 25minit dgn kpnansan 160 darjah)

Sos kustard
1. 1 tin susu cair
2. 2 sudu besar tepung kustard
3. 2 sudu besar gula
(masak ats api perlahan2 smbil kacau shingga agak pekat ttup api n sedia dihidang bersama puding roti td)

hiaskan puding roti dgn coklat chip n kismis itam sblom dibako..

Selamat mencuba
 — feeling wonderful.